Khamis, 2009 Oktober 15

Pertandingan menghasilkan kad raya aspuri seri bitara








Bulan September lalu saya sempat menganjurkan pertandingan menghasilkan kad raya inter dorm Aspuri Seri Bitara. alhamdulillah penyertaan sgt menggalakkan dan semua dorm menunjukkan kreativiti masing-masing.. pemenangnya mendapat hamper iaitu Dorm 7 Aisyah..

Rabu, 2009 Oktober 14

9 nov 2008

9 Nov 2008

Tiba jua akhirnya
Setelah setahun 17 hari
Aku kembali ke kampung halaman

Disini tempat aku berlari
Disini tempat aku menangis
Disini tempat aku tertawa
Disini tempat aku membina cita

Cerita empat tahun setengah di bumi
Lakaran yang begitu indah
Aku mengenal erti dewasa
Aku mengenal erti pengorbanan
Jatuh,bangun, suka duka
Sudah tersimpul dalam sebuah pengakhiran

Ya Allah
Berkatilah ilmu yang aku tuntut
Ampunkanlah segala dosaku
Ampunkanlah segala benda yang tidak baik
Halalkanlah, redhakanlah
Hanya aku insan yang lemah

~kafalifmim
9nov2008
1540 lcct,sepang

Khamis, 2009 Oktober 08

Lama tak jumpa



salam blog.. sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ini..
nothing much to say..
tahniah buat sahabatku Cikgu Min yang telah menyempurnakan sebahagian agama..

Sabtu, 2009 Ogos 29

Salam ramadhan semua!!






Isnin, 2009 Ogos 24

setelah 2 minggu

salam ramadhan. dah lama saya tak update blog ni. balik dari konvo terus sibuk dengan program asrama. Kemudian sibuk dengan family gathering yang memang jarang-jarang berlaku. almaklumlah adik polis balik bercuti 2 minggu. kakak d kunak memang tiap minggu balik. adik yan di labuan di paksa korbankan kuliah untuk balik. tinggallah saya yang paling 'jauh' ni belum balik. bonda sudah menahan pilu mahu semua anaknya sahur pertama bersama. alahai..memang dalam dilema. antara tugas sebagai warden, family dan jemaah. tuntutan 3 mesyuarat dan 1 usrah memanggil. SMS reminder dr setanggi syurga usah nak kata. fuh, saya kalut dalam memilih aulawiyat. ampunkan aku Ya Allah..

syukurlah semua itu sudah berlaku. dan saya memang kena bersedia akan keadaan ini masa-masa akan datang. itu belum lagi dapat jadual tetap. kabar2 angin saya akan dipindahkan ke sesi petang sudah berbunyi.. tidak!! janganlah.. harap2 tak benar... papepun memang kena ready, redha dan tawakal..

sahabat2 nisa memang sudah sgt2 dirindui. dewan 85-saya, mar dan min.. kapan agaknya dapat bertemu??

ps: entri ini ditulis sambil2 menunggu sahabat lama. kejap lagi sy akan temankan beliau utk daftar kursus kahwin.. kahwin???